kedah juara liga perdana 2015

Kedah mengesahkan gelaran selaku juara Liga Perdana 2015 selepas melakar kemenangan besar 5-1 ke atas DRB Hicom di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Pencabar terdekatnya, Pulau Pinang juga boleh tersenyum setelah mereka menyingkirkan T-Team dalam pertarungan untuk mengi­ringi Kedah ke Liga Super 2016.

Sandro da Silva menjadi wira Lang Merah di depan 12,000 penonton semalam apabila mencipta hatrik (minit 3, 31, 80) sementara Chidi Edeh dengan dua gol (minit 9, 49) manakala jaringan DRB Hicom diperoleh menerusi sepakan penalti Ivan Babic pada minit keenam.

“Pemain berjaya mempamerkan aksi terbaik dan paling penting kami berjaya merealisasi misi meraih tiga mata pada malam ini (semalam). Tahniah kepada pemain, pihak pengurusan dan tidak lupa penyokong yang sanggup datang memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” kata jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.

Pulau Pinang pula mengesahkan mereka menamatkan musim ini selaku naib juara selepas menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Jebat. Penyerang, Azinee Taib memastikan skuad Harimau Kumbang di depan seawal minit ke-10 sebelum Hilton Moreira menjaringkan gol kemenangan sembilan minit sebelum permainan tamat.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan FA mengecewakan T-Team yang terlepas kedudukan kedua setelah tumpas 2-1. Gol tuan rumah dijaringkan oleh Abdul Malek Mat Ariff pada minit ke-17 dan Milan Purovic selang lima minit kemudian sebelum pelawat memperoleh jaringan sagu hati menerusi Marzuki Yusof pada minit ke-54.

kedah juara liga perdana 2015

Leave a Reply